Agihan pendapatan sebanyak 6.0 sen seunit bagi Amanah Saham Malaysia (ASM) dan 6.5 sen seunit Amanah Saham 2 Bumiputera (ASB 2) telah diumumkan oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2017.
Menurut Pengerusi PNB, Tan Sri Wahid Omar berkata dalam satu sidang media bahawa agihan ini bakal memberi manfaat kepada lebih 500,000 pemegang unit ASM, yang kini memegang hampir 17.3 Billion unit. Dalam masa yang sama, agihan ASB 2, akan memberi manfaat kepada 200,000 pemegang unit yang kini memegang 7.4 Billion unit.
Pengagihan ini melibatkan jumlah pembayaran yang mencecah sehingga RM 1 Billion dan RM384.7 juta masing-masing bagi ASM dan ASB 2.
Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad.
PNB ketika ini menguruskan12 unit dana amanah berjumlah 213.3 Billion unit yang dipegang oleh 12.9 juta individu setakat penghujung tahun 2016.
Setakat 28 Februari 2017, ASM mencatatkan pendapatan kasar sebanyak RM1.2 Billion manakala RM349.8 juta bagi unit ASB 2.
Selain itu, bagi pendapatan Amanah Saham Gemilang yang terdiri daripada ASG Pendidikan, Kesihatan dan Persaraan, Tan Sri Wahid melaporkan bahawa PNB telah memperuntukkan sejumlah RM138 juta yang bakal memberi manfaat kepada 140,000 pemegang unit.
Bagi tahun 2017, ASG Pendidikan, Kesihatan dan Persaraan masing-masing mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 4.5 sen, 4.25 sen dan 5.15 sen seunit, berbanding 6.0 sen, 7.0 sen dan 6.8 sen yang dicatat pada tahun lepas.
Dendam Kesumat Seorang Trader, Akhirnya Memakan Diri Sendiri