Kiwi diniagakan agak lemah pada Khamis sejurus selepas kajian semula dasar oleh bank pusat.
Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) mengekalkan kadar stabil pada rekod rendah 1.75 peratus pada Khamis. Sejurus selepas pengumuman tersebut, NZD/USD didagang stabil pada 0.7039, merosot sebanyak 0.04 peratus.
Menurut gabenor bank tersebut, Graeme Wheeler dalam satu kenyataan, dasar monetari akomodatif akan kekal untuk jangka masa yang agak panjang lagi. Hal ini bagi menyesuaikan dasar dengan ketidaktentuan global dan prospek antarabangsa.
US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar kali terakhir dinilai menjunam sebanyak 0.12 peratus kepada 99.43.
Semalam, US Dollar merosot berbanding matawang lain kerana pelabur mempersoalkan kemajuan dasar ekonomi yang dibawa oleh Trump, yang terus mempengaruhi sentimen.
Para pelabur juga buat masa ini memberi tumpuan terhadap kekurangan kemajuan terhadap dasar Trump disamping data perumahan yang dicatat lebih lemah dari jangkaan.
Persatuan Hartanah Kebangsaan berkata pada Rabu bahawa data jualan rumah sedia ada menjunam sebanyak 3.7 peratus.
Dalam masa yang sama, Pound menjunam sedikit berbanding US Dollar gara-gara kebimbangan terhadap Brexit.
Tunggu Sekejap! Pengasas Amazon Ini Ada 3 Pesanan Penting Untuk Anda!