Dolar mengekalkan paras tinggi yang dicapai semalam pada sesi dagangan Asia hari ini, diikuti dengan gerakan mendadak yen dan euro, meredakan risiko sentimen yang disebabkan oleh kebimbangan ancaman senjata nukelar Korea Utara dan ribut Irma.
Dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama yang lain stabil di paraas 91.93 setakat jam 9.20 pagi.
Yen yang lemah memaksa pasangan matawang USD/JPY naik sehingga 1.4% semalam ke paras 109.40, kenaikan harian paling tinggi sejak pertengahan bulan Januari yang lalu serta keluar daripada paras terendah 10-bulan lalu 107.320 yang dicapai pada Jumaat yang lepas sejurus ribut Irma membadai Florida dan pasaran kewangan berwaspada dengan tindakan Korea Utara pada hari kemerdekaan negara mereka 9 September yang lalu.
Walau bagaimanapun, Pyongyang mengakhiri hari sambutan kemerdekaan tanpa sebarang ujian peluru berpandu yang baru dan ribut Irma yang menimpa kawasan berpenduduk di Florida juga semakin lemah, kembali kepada taufan tropika yang biasa.
Shin Kadota, ketua strategi di Barclays, Tokyo berkata, “Kebimbangan yang semakin surut terhadap ribut taufan Irma dan Korea Utara menjadi faktor kepada kenaikan dolar. Fokus pasaran kali ini dijangka akan kembali kepada fundamentals walaupun tidak begitu banyak data ekonomi penting dijadualkan minggu ini yang boleh memutuskan hala tuju matawang”.
Euro juga kekal di paras 1.1954 berbanding dolar selepas jatuh 0.7% semalam. Swiss franc yang sentiasa mendapat perhatian ketika risiko pasaran global meningkat juga lemah dengan USD/CHF terus naik 0.05% ke paras 0.9565, naik 93 pip pada sesi yang lalu.
Pound sterling pula mendatar di paras $1.3172 selepas GBP/USD jatuh 0.25% hari Isnini yang lalu.
Sterling lebih menguat berbanding euro disokong oleh spekulasi bahawa bank pusat England (BoE) akan lebih hawkish pada kadar faedah mereka bagi mempertahankan matawang dan polisi mereka menjelang mesyuarat hari Khamis nanti.