Data purata pendapatan (Average Earnings Index) di UK yang dikeluarkan sebentar tadi lemah dari jangkaan dengan kenaikan hanya 2.6% sehingga Disember dari 2.8% yang dicatatkan sebelum ini berbanding dengan jangkaan 2.8%. Jika tidak mengambil kira bonus data ini sepatutnya susut kepada 2.6% dari 2.7% sebelum ini.
Dalam data berasingan ‘Claimant Count Change‘ yang mengira jumlah penduduk UK menuntut faedah pengangguran, susut mendadak pada Januari dengan pengurangan sebanyak 42,400 berbanding yang dicatatkan pada Disember pengurangan sebanyak 20,500 tuntutan.
Data ‘Claimant Count Change‘ kali ini adalah yang paling banyak merekodkan pengurangan sejak 2013 yang menunjukkan pasaran buruh UK yang kukuh.
Pengangguran pula berkurangan sebanyak 7,000 orang kepada 1.6 juta dalam tempoh tiga bulan. Kadar pengangguran sejajar dengan jangkaan 4.8% pada tempoh sama yang merupakan bacaan terendah sejak suku ketiga 2015.
Matawang Pound (Gbp) melemah sejurus data dikeluarkan dengan pasaran memberi perhatian kepada data pendapatan, Gbp/Usd susut 45 pip.