Aktiviti sektor pembinaan di UK mencatatkan kenaikan pada Disember berikutan peningkatan tempahan baru ke paras tertinggi sejak 11 bulan lepas, walaupun kos operasi semakin mahal.
Dalam laporan yang dikeluarkan sebentar tadi, indeks sektor pemibanaan (U.K. construction purchasing managers’ index) naik dari 52.8 pada November kepada 54.2 pada Disember.
Pasaran menjangkakan indeks ini kekal di paras 52.8 pada bulan sama. Bacaan di atas 50 menunjukkan peningkatan dalam sektor ini dan sebaliknya jika bacaan di bawah bacaan 50.
Data positif pada hari ini disumbangkan oleh, peningkatan dalam pembinaan baru yang menyebabkan peningkatan jumlah binaan terbanyak sejak Mac 2016. Walaupun begitu, harga kos masih memberi tekanan dengan kenaikan dalam harga input.
Menurut penganalisis di Markit Tim Moore,”Data pada hari ini mengesahkan pemulihan kukuh dalam sektor pembinaan UK dan output pada suku terakhir 2016.”
Peningkatan harga barang atau input ini adalah disebabkan kejatuhan nilai Pound, yang menyebabkan kos semakin tinggi dalam barangan yang perlu diimport.