Dolar terus melemah selepas jatuh di awal sesi pembukaan pasaran minggu ini berikutan ketegangan di wilayah Korea serta tumpuan para pelabur pada ulasan bank pusat berkenaan kadar faedah minggu ini,
Indeks dollar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama yang lain susut 0.04% kepada 92.53 setakat jam 9.15 pagi, selepas jatuh sebanyak 0.25% dan tutup pada paras 92.59
Sentimen ‘risk-off’ dicetuskan sekali lagi oleh Korea Utara selepas mereka mendakwa telah berjaya menjalankan ujian bom hidrogen pada hari Ahad dengan tujuan untuk dipasangkan bersama peluru berpandu antara benua mereka. Pyongyang mengatakan ujian tersebut berjaya serta lebih baik daripada sebelumnya dan tidak akan memberi impak yang buruk pada persekitaran.
US mengecam dan memberi ancaman ketenteraan yang besar terhadap Korea Utara dan sekutunya. Selain itu, Presiden Trump juga mengancam untuk menghentikan dagangan dengan mana-mana negara yang terlibat dengan hubungan perniagaan bersama Korea Utara.
Yen dan Swiss franc yang secara tradisinya mengukuh apabila berlakunya ketidaktentuan politik dan pasaran, terus menguat hari ini dengan pasangan matawang USD/JPY jatuh 0.18% kepada 109.52, dan USD/CHF susut 0.05% kepada 0.9577.
Harga emas di Comex pula melonjak 0.59% kepada $1,338.26 per ounce.
EUR/USD meningkat 0.03% kepada 1.1900 manakala AUD/USD didagangkan pada paras 0.7954, naik 0.11%
Minggu lepas, dolar kekal rendah berbanding matawang utama yang lain berikutan data pekerjaan NFP pada Jumaat lepas yang tidak memberansangkan. Jabatan Buruh US melaporkan hanya 156,000 pekerjaan baru ditambah pada bulan Ogos berbanding jangkaan 180,000 pekerjaan. Kadar pengangguran pula meningkat 4.4% berbanding jangkaan 4.3%. Data pekerjaan yang lemah akan mengurangkan keyakinan terhadap Fed untuk meningkatkan kadar faedah meraka tahun ini.
Data PMI Caixin China diramal akan meningkat kepada 51.8 dan bank pusat Australia (RBA) juga dijangka akan mengekalkan kadar faedahnya menerusi laporan tengahhari nanti.
Minggu ini juga, tumpuan akan diberikan pada minit mesyuarat bank pusat Eropah (ECB) hari Khamis nanti bagi mencari petunjuk tempoh yang bakal di ambil oleh ECB untuk keluar daripada polisi yang terlalu longgar serta ulasan-ulasan daripada pegawai-pegawai bank pusat.