Data jualan runcit Australia susut 0.1% pada Februari seperti yang dikeluarkana oleh Jabatan Statistik negara itu pagi tadi. Jangkaan pasaran bagi data kali ini adalah peningkatan 0.3% yang jauh lebih tinggi dari data sebenar.
Data ini adalah petunjuk kepada perbelanjaan pengguna (consumer spending) di negara ini. Perbelanjaan pengguna merupakan data penting kepada ekonomi Australia yang menjadi penyumbang kepada lonjakan pertumbuhan ekonomi (GDP) pada akhir 2016.
Ekonomi Australia bertumbuh sebanyak 2.4% pada suku keempat melebihi jangkaan 1.9%.
Manakala dalam data berasingan yang dikeluarkan, Institut Melbourne melaporkan indeks inflasi bulanan meningkat 0.1% pada Mac yang merupakan kenaikan ke tujuh dari lapan bulan sebelum ini.
Ini merupakan data tumpuan yang dikeluarkan secara bulanan, di mana data rasmi dikeluarkan oleh Jabatan Statistik mengikut suku tahunan.
Data rasmi yang dikeluarkan pada suku keempat menunjukkan peningkatan inflasi (CPI) lebih dari jangkaan kepada 1.7% Lonjakan harga ini hasil daripada polisi akomodatif oleh Reserve Bank of Australia (RBA) yang memotong kadar faedah ke paras terendah untuk menyokong pertumbuhan dan inflasi.
RBA akan bermesyuarat bagi penentuan polisi monetari pada Selasa. Pasaran menjangka tiada perubahan dalam polisi monetari di mana penganalisis ekonomi kerajaan Australia juga akan mengeluarkan data perdagangan pada hari yang sama.
Berikutan daripada data yang dikeluarkan pagi tadi, Aussie melemah dengan Aud/Usd susut hampir 50 pip sejak pukul sembilan pagi tadi.