Dua Senator Republikan, Ron Johnson dan Bob Corker mengancam untuk tidak mengundi rang undang-undang reformasi cukai. Undian ini dilaporkan akan dijalankan dalam Jawatankuasa Bajet Senat pada Khamis.
Corker dan Johnson mengkritik reformasi cukai di mana kedua-dua mereka mempunyai pendapat yang berbeza. Corker bimbang dengan deifist bajet yang meningkat jika rang undang-undang itu diluluskan, manakala Johnson pula bimbang jika ia tidak banyak membantu perniagaan kecil.
Seorang lagi ahli Republikan Senator Steve Daines juga berkata beliau tidak boleh menyokong rang undang-undang itu. Seperti Johnson, Daines juga bimbang jika terdapat kenaikan cukai individu berbanding dengan cukai firma-firma yang lain.
Republikan hanya mempunyai 12 ahli dalam Jawatankuasa Bajet dengan 11 lagi adalah dari Demokrat dan Parti bebas. Oleh itu, Republikan tidak boleh kehilangan walaupun satu undi dari ahli Senat Republikan itu sendiri kerana ahli bebas dan Demokrat dijangka tidak akan mengundi rang undang-undang tersebut.
Apabila ditanya, Corker menyatakan beliau tidak akan mengundi rang undang-undang itu dan ia sangat pasti saya tidak akan mengundi. Corker adalah pengkritik Trump paling lantang, dan beliau juga telah mengumumkan tidak akan bertanding dalam pilihanraya tahun depan.
Jika kedua-dua Senator Republikan ini benar-benar tidak mengundi ‘reformasi cukai’, US dolar dijangka akan lebih tertekan.