Perdana Menteri New Zealand Bill English dan Parti Nasional memenangi pilihanraya umum dengan undian 46.1%, mendapat 58 kerusi di parlimen. Manakala undian untuk Parti Buruh yang diketuai oleh Jacinda Ardern 35.7%.
Walaubagaimanapun, undian kepada Parti Nasional tidka mencukupi untuk mereka membentuk kerajaan. Hal ini bermakna, Perdana Menteri berkemungkinan akan berunding dengan parti yang lain untuk membentuk kerajaan. English juga telah mengatakan akan mencari persamaan dengan Parti First yang diketuai oleh Winston Peters, bagi beliau mengekalkan jawatan Perdana Menteri.
Keputusan pilihanraya New Zealand:
- Nasional (46.1%)
- Buruh (35.7%)
- NZ First (7.5%)
- Greens (5.8%)