Penganalisis pasaran minyak mentah dunia di Wallstreet menunjukkan tiga cabaran geopolitik yang berkemungkinan akan memberi impak kepada pasaran komoditi hitam.
Tiga risiko ini adalah daripada ketidaktentuan di wilayah Kurdish Iraq, perjanjian nulear dengan Iran dan juga krisis di Venezuela. Hal ini dikatakan sendiri oleh Helima Croft penganalisis di RBC Capital Market.
Antara penjelasan beliau adalah seperti berikut:
Wilayah Kurdistan: Minggu lalu Kurdish salah satu daripada wilayah Iraq menjalankan undian bagi referendum kemerdekaan daripada Iraq. Hal ini menimbulkan respon retorik yang keras daripada penentang dan juga mencetuskan kebimbangan terhadap pengeluaran minyak mentah yang mungkin dihentikan.
Perjanjian nuklear dengan Iran: Presiden Trump mengatakan perjanjian nuklear Iran adalah “perjanjian terburuk yang pernah dirundingkan” dan berulang kali menegaskan untuk menghapuskan perjanjian ini. Presiden Trump akan mempunyai peluang untuk menghapuskan perjanjian ini pada 15 oktober, iaitu satu keputusan yang berkemungkinan akan menambah sekatan terhadap Iran yang salah satunya pengurangan import minyak mentah ke Amerika Syarikat.
Vanezuela: White House sebelum ini mengatakan berkemungkinan akan meningkatkan tekanan ekonomi kepada kerajaan Maduro. “Sekatan terbaru oleh US ini akan semakin menyukarkan syarikat minyak kerajaan Venezuela untuk mengekalkan paras pengeluaran semasa.”