Para majikan di AS menambah pekerja dalam jumlah yang tinggi pada bulan kedua dengan data kali ini paling banyak disokong oleh sektor pembuatan dan pembinaan yang menunjukkan pertumbuhan yang terus kukuh di permulaan tahun baru 2017.
Pasaran pekerjaan menunjukkan ekonomi terus menambah pekerjaan lebih dari jangkaan pada Februari walaupun kenaikan gaji kurang dari jangkaan. Data NFP kali ini merekodkan penambahan 235,000 pekerja berbanding 238,000 yang dicatatkan pada bulan pertama yang telah dikaji semula dari 227,000. Data juga lebih dari jangkaan 200,000.
Kadar pengangguran menepati jangkaan pasaran di paras 4.7%.
Data purata gaji (average hourly earnings) naik dari bulan ke bulan sebanyak 0.2% berbanding sebelum ini yang juga merekodkan kenaikan 0.2% yang telah dikaji semula dari 0.1%. Jangkaan bagi data kali ini ialah kenaikan 0.3%.
Kenaikan dalam data gaji adalah data yang diberi perhatian oleh The Fed bagi mendapatkan lebih isyarat sebelum penetapan kadar pada minggu depan.
Komen-komen dari ahli The Fed minggu lalu telah banyak memberi keyakinan bahawa Fed Fund Rate akan dinaikkan pada mesyuarat Mac kecuali laporan pekerjaan hari ini tidak memberangsangkan atau terlalu lemah. Dalam konteks ini, The Fed seakan pasti akan menaikkan kadarnya berikutan data yang kukuh hari ini. Jika laporan pekerjaan terus meningkat seperti ini, akan ada lagi jangkaan kenaikan pada mesyuarat Jun nanti.
Berikutan data yang cukup kuat oleh ADP pada Rabu, pasaran dilihat telah bergerak ‘priced-in’ kepada pengukuhan laporan pekerjaan dengan jangkaan lebih tinggi dari ramalan data hari ini.
Disebabkan itu, US dolar gagal untuk menguat dengan Usd/Jpy jatuh 40 pip dan ketika ini sedang pulih dari kejatuhan tersebut. Manakala Eur/Usd menguat 50 pip sejurus data ini dikeluarkan.