US dolar menambah keuntungan berbanding Yen pada Rabu selepas Setiausaha Perbendaharaan US Steven Mnuchin mengesahkan perancangan cukai terbaru Trump adalah termasuk potongan cukai korporat sebanyak 15%.
Usd/Jpy berjaya mencapai paras 111.75 selepas komen dari Mnuchin yang pada mulanya berada di sekitar 111.48 sekitar pukul 8.50 malam tadi.
Mnuchin mengatakan Presiden Trump mahu memotong cukai korporat sebanyak 15% dari 35% ketika ini.
Sasaran adalah memotong cukai yang dibayar oleh perniagaan kecil, katanya.
Bercakap kepada agensi berita CNBC menjelang pengumuman rasmi malam ini, Mnuchin berkata ia akan menjadi pemotongan cukai terbesar dalam sejarah perubahan cukai di Amerika Syarikat.
Tambahnya, Trump mahu memudahcara cukai di negara ini.
Beliau juga menyatakan White House telah menangguhkan perubahan cukai sempadan pada masa ini dan berkata ia tidakberfungsi dengan baik ‘dalam keadaan semasa’.
Eur/Usd bergerak ke bawah jatuh 0.42% ke paras harga 1.0888 selepas matawang ini menguat sejak Isnin berikutan perkembangan yang semakin baik dalam risiko politik Eropah.
Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang utama yang lain naik sebanyak 0.24% kepada 98.96.