US Dollar kembali pulih dalam sesi ini selepas mengalami turun naik mendadak yang didorong oleh komen Trump. Pound juga mula berundur dari kenaikan semalam.
GBP/USD menurun sebanyak 0.47 peratus dalam sesi Asia, manakala USD/JPY meningkat sebanyak 0.42 peratus. Dalam sesi ini juga, Aussie didagang menurun sebanyak 0.30 peratus.
US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar berbanding enam matawang utama meningkat sebanyak 0.24 peratus selepas menjunam lebih 1 peratus dengan hanya sekelip mata.
Dalam laporan data serantau, purata harag rumah di 70 bandar China menunjukkan kenaikan mendadak sebanyak 12.4 peratus dalam bulan Disember. Peratusan ini bagaimanapun sedikit menurun dari yang dicatat pada November lalu.
Semalam, matawang Sterling menyaksikan kenaikan mendadak berbanding US Dollak selepas Perdana Menteri Britain, Theresa May mengumumkan butiran lanjut mengenai “hadr Brexit”.
Dalam pada itu, matawang Greenback mengalami junaman berganda apabila ucapan Trump dikatakan membunuh pengukuhan matawang tersebut. Beliau menyifatkan US Dollar sebagai “terlalu kuat” dan tidak akan “kalah” dengan China.
Data Inventori Minyak Mentah AS dan Laporan Bulanan OPEC dinanti dengan Penuh Debaran!