Data Inventori Minyak Mentah AS dan Laporan Bulanan OPEC dinanti Dengan Penuh Debaran!

49

Harga minyak mentah meningkat sederhana dalam sesi Asia pada Rabu sementara menantikan data inventori dari Amerika Syarikat dan laporan bulanan dari OPEC.

Di New York Merchantile Exchange, dagangan minyak mentah bagi penghantaran Februari meningkat sebanyak 0.11 peratus kepada $52.54 setong, manakala minyak Brent turut dicatat meningkat sebanyak 0.13 peratus kepada $55.56 setong.

Institut Petroleum Amerika dijangka akan mengeluarkan anggaran minyak mentah AS dan stok produk tapisan, sementara data rasmi akan dikeluarkan sehari selepas itu, lewat sehari pada minggu ini memandang cuti umum di AS pada Isnin. OPEC juga dijadual akan mengeluarkan data bulanan minggu ini.

Semalam, US Dollar Index jatuh lebih dari 1 peratus, namun kembali bangkit dalam sesi Asia kepada 100.48. Kelemahan US Dollar biasanya memberi manfaat buat minyak mentah sebagai komoditi yang dinilai dalam US Dollar.

Menurut berita OPEC, sumber dari industri perkapalan mengatakan eksport dari pelabuhan Basra di selatan Iraq telah berkurangan pada bulan Januari. Laporan ini memberi isyarat bahawa pengeluar kedua terbesar OPEC kini telah meneruskan keputusan untuk mengurangkan pengeluaran sebanyak 1.2 juta tong sehari.

Menteri Tenaga Arab Saudi iaitu Khalid al-Falih juga berkata pada Isnin bahawa komitmen negara tersebut untuk mengurangkan pengeluaran di dalam perjanjian global yang berkuatkuasa bermula Tahun Baru ini adalah positif.

AS akan Terlibat dengan Kancah Kemelesetan Jika Menunggu Terlalu Lama Untuk Menaikkan Kadar : John Williams

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat