AS akan Terlibat dengan Kancah Kemelesetan Jika Menunggu Terlalu Lama Untuk Menaikkan Kadar : John Williams

55

Presiden Fed San Francisco, John Williams menggesa Amerika Syarikat menaikkan kadar secara beransur-ansur dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Hal ini bagi memastikan ekonomi terbesar dunia itu tidak overheating dan jatuh ke dalam tempoh kemelesetan.

Williams berkata, dengan kadar pengangguran sebanyak 4.7 peratus, ekonomi AS telah mencapai kadar guna tenaga penuh. Beliau juga berpendapatan bahawa kadar AS sedang berada dalam landasan yang betul untuk mencapai sasaran inflasi sebanyak 2 peratus bagi beberapa tahun akan datang.

Dalam ucapan beliau di Sacramento State University, kenaikan kadar secara beransur-ansur boleh membawa dasar monetari kembali ke tetapan yang lebih normal dan konsisten pada kekuatan ekonomi yang maksimum. Jika Amerika Syarikat menunggu dengan lebih lama, ketidakseimbangan ekonomi akan berlaku.

Fed bulan lalu telah menaikkan kadar dari 0.5 peratus kepada 0.75 peratus serta meletakkan unjuran bahawa Fed berpotensi menaikkan kadar tiga kali tahun ini.

Williams sebenarnya tidak memihak kepada kenaikan kadar yang terlalu cepat mahupun menghalang kadar dari terus dinaikkan, namun, menurut pendapat beberapa ahli Fed yang lain, mereka juga berpandangan bahawa dasar ekonomi Trump bakal merangsang pertumbuhan inflasi dan memaksa Fed menaikkan kadar dengan lebih cepat.

Dalam masa yang sama, Williams yang tidak mengundi dalam keputusan dasar ada tahun ini memberi amaran bahawa adalah bahaya untuk melonjakkan ekonomi di luar kadar pertumbuhan semulajadi. Pertumbuhan ekonomi semasa berada pada tahap 1.5 peratus kepada 1.75 peratus. Pertumbuhan melebih paras ini akan menyebabkan asset market bubbles (kenaikan mendadak harga asset) dan akhirnya, economic correction.


Isi Penting dari Ucapan Brexit- Sentimen UK Positif

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat