Usd/Cad mencatatkan kejatuhan sebanyak 150 pip sejak tujuh jam lepas selepas membuat sideways dalam sesi dagangan Isnin dan Selasa.
Dalam sesi dagangan awal minggu ini, Usd/Cad membentuk pattern ‘doji’ pada dua hari berkenaan, sebelum memulakan terjunan pukul 2 petang tadi.
Jika dilihat dalam time-frame Daily, pasangan matawang ini telah membentuk pattern ‘evening star’ pada minggu lalu yang menunjukkan terdapat tanda-tanda Usd/Cad mahu membuat penurunan. Selepas membuat sideways dua hari lepas, akhirnya Usd/Cad membuat terjunan sehingga ke paras 1.3300 dari paras tertinggi hari ini 1.3458.
Ketika ini kita akan melihat sama ada pair ini mampu menembusi support di 1.3300 untuk meningkatkan lagi potensi penurunan Usd/Cad.
US dolar kelihatan lemah dengan indeks US dolar telah membuat penurunan selepas menguji paras tertinggi tahun 2002. Indeks ini mencapai paras tertinggi Selasa di 103.81 dan kini berada di paras 102.93.
Pasaran ketika ini memberi perhatian kepada minit mesyuarat FOMC yang akan dikeluarkan pada pukul 3.00 pagi Khamis, untuk mendapatkan lebih maklumat dan penjelasan tentang polisi monetari The Fed ketika ini dan di masa akan datang.
Ketika ini Usd/Cad didagangkan pada harga 1.3322 yang membuat pullback sedikit selepas mencapai paras 1.3300 sebentar tadi.