USD/JPY – Analisis Teknikal – 27/10/2017
Harga USD/JPY masih dalam momentum wave ke arah bullish(HL,HH,HL,HH) ketika ini setelah ia breakout resistance 113.14 pada minggu lalu. Jika diperhatikan, ia membentuk new HH sekitar 114.14 kelmarin dan harga kini berada di zon kritikal iaitu sekitar harga tertinggi semalam.
Dijangkakan, USD/JPY berpotensi untuk melakukan retracement ke sekitar MagicPivot/MagicS1 hari ini bagi membentuk new HL sebelum ia meneruskan lagi kenaikan. Jika breakout MagicR1 hari ini, ia berpotensi untuk mencapai ke level resistance seterusnya iaitu 114.60/50 atau ke harga MagicR3 bagi membentuk new HH.
Oleh itu, selagi ia tidak breakout Key Support hari ini, kebarangkalian masih tinggi untuk USD/JPY membuat kenaikan.Walaubagaimanapun, jika breakout MagicS1, USD/JPY akan mencapai ke sekitar harga MagicS2.