Pasangan matawang Usd/Jpy bergerak perlahan dalam julat 60 pip sejak sesi Asia dan semakin perlahan dalam sesi Eropah.
Usd/Jpy mencapai paras tertinggi hari ini di 115.18 yang berada di atas resistance terdekat 115.00. Pair ini gagal untuk menembusi paras 115.00 dan membuat reverse sehingga mencapai paras terendah hari ini di 114.39.
Usd/Jpy akan berhadapan news impak tinggi dari US malam ini pada pukul 9.30 malam dan 11.00 malam waktu Malaysia. Data jualan runcit (retail sales) dan harga pengeluar (PPI) akan menggerakkan pasaran terlebih dahulu bergantung kepada perubahan bacaan tersebut sama ada kecil atau besar, kemudian diikuti dengan indeks keyakinan pengguna (consumer sentiment) lewat malam ini.
Dalam sesi dagangan Khamis, Usd/Jpy melemah sehingga mencapai paras terendah 113.72 yang merupakan paras terendah sejak bulan Disember 2016.
Untuk meneruskan kenaikan Usd/Jpy perlu berhadapan dengan Resistance 115.00 yang telah diuji awal hari ini. Kejatuhan daripada paras semasa pula akan berhadapan dengan Support di 113.72 paras terendah Khamis.
Dalam sesi dagangan pagi tadi, US dollar mendapat sedikit momentum selepas komen Yellen (Pengerusi The Fed) tentang ekonomi US yang terus kukuh dengan pasaran pekerjaan yang terus positif. Beberapa jam selepas itu, Usd/Jpy melemah dari 115.18 ke paras 114.39 yang terendah sebentar tadi.
Ketika ini, Usd/Jpy didagangkan di paras 114.43 semasa artikel ini ditulis.