USD meneruskan junaman pada Selasa berbanding matawang-matawang utama yang lain. Matawang greenback ini paling jelas dilihat melemah berbanding Euro dan Yen dengan USD/JPY setakat pukul 6 petang susut 54 pip dari paras tertinggi Selasa.
EUR/USD juga menguat sehingga 70 pip dengan kelemahan USD yang menyeluruh.
Kini EUR/USD telah menembusi paras harga signifikan 1.2000 dan didagangkan di sekitar 1.2068 setakat pukul 6.04 petang.
Paras ini adalah resistance utama untuk EUR/USD dan jika ia kekal berada di sekitar atas 1.2000, seterusnya ia perlu menguji 1.2091 untuk meneruskan kenaikan.