Aktiviti sektor pembinaan UK sedikit perlahan pada bulan Disember apabila bacaan sebenar lebih rendah daripada jangkaan.
Berdasarkan laporan PMI UK, bacaan berada pada paras 52.2 berbanding pada bulan November yang mencatat bacaan 53.1. Pakar ekonomi menjangkakan kejatuhan hanya pada paras 52.8 pada bulan Disember.
Walaupun bacaan indeks tersebut masih lagi berada di atas paras 50.0. Berdasarkan laporan IHS Markit, sektor perumahan mencatat prestasi terbaik dalam aktiviti pembinaan dan tempahan baru.
Inflasi barangan input juga terus meningkat pada bulan Disember. Namun menurut pakar eknomi, syarikat pembinaan UK dijangka akan berkembang pada tahun ini walaupun dengan bacaan yang lemah sejak pertengahan 2013.