FUNDAMENTAL: HAWKISH
- Klik disini untuk melihat (Polisi monetari terbaru Reserve bank Australia ).
- Reserve Bank of Australia (RBA) mengekalkan kadar faedah di Australia seperti jangkaan 1.50% dengan kenyataan yang hawkish.
- Mesyuarat RBA seterusnya adalah pada 5 Februari 2018.
- Data ekonomi tumpuan bank pusat RBA adalah GDP, Unemployment dan CPI. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat RBA (Unjuran bank pusat RBA – Muka surat 67).
- RBA mengulangi bahawa inflasi dijangka meningkat secara beransur-ansur dalam tempoh beberapa tahun akan datang dan sektor pekerjaan masih positif dan jangkaan terdapat pengurangan dalam kadar pengangguran.
DATA EKONOMI TUMPUAN RBA
- Ekonomi Australia berkembang 2.8% tahunan dalam tempoh tiga bulan hingga September 2018, setelah turun 3,1% pada suku sebelumnya
- Inflasi harga pengguna (CPI) Australia turun kepada 1.9% tahun ke tahun pada suku ketiga 2018 daripada 2.1% pada tempoh sebelumnya.
- Kadar pengangguran Australia kekal pada 5 peratus pada Oktober 2018, sama seperti pada bulan sebelumnya tetapi sedikit di bawah anggaran pasaran sebanyak 5.1 peratus.
PLAN: SELL AUD
- Sentimen pasaran semasa kembali berisiko. Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menghidupkan semula kegelisahan pasaran setelah beliau mengatakan kemungkinan lebih banyak tarif akan berlaku setelah gencatan senjata selama 90 hari ini.
- Data KDNK Australia untuk suku tahun ketiga 2018 tidak mencapai jangkaan pasaran 0.6% dan hanya mencatatkan 0.3%. Angka sebelumnya adalah 0.9%.
- Data imbangan perdagangan China merosot. Import tembaga dan bijih besi jatuh.
- Kadar inflasi China menurun kepada 2.2% untuk November dari 2.5% pada Oktober.
Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI