FUNDAMENTAL: NEUTRAL
- Klik disini untuk melihat (Polisi monetari terbaru Reserve bank Australia ).
- Reserve Bank of Australia (RBA) mengekalkan kadar faedah di Australia seperti jangkaan 1.50% dengan kenyataan yang agak positif.
- Mesyuarat RBA seterusnya adalah pada 4 September 2018.
- Data ekonomi tumpuan bank pusat RBA adalah GDP, Unemployment dan CPI. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat RBA (Unjuran bank pusat RBA – Muka surat 2 ).
- Kadar faedah yang rendah terus menyokong ekonomi Australia.
- Ramalan utama adalah untuk inflasi menjadi lebih tinggi pada 2019 dan 2020 daripada sekarang.
DATA EKONOMI TUMPUAN RBA
- Ekonomi Australia berkembang 3.1% pada suku pertama 2018, berbanding pengembangan 2.4% pada suku sebelumnya dan di atas jangkaan pertumbuhan 2.8%. Ia adalah kadar pertumbuhan tahunan terpantas sejak Q2 2016.
- Inflasi harga pengguna (CPI) Australia meningkat kepada 2.1% daripada 1.9% sebelumnya manakala pasaran menjangkakan kenaikan 2.2%.
- Kadar pengangguran di Australia turun ke 5.3% pada Julai daripada 5.4% sebelumnya. Dibawah jangkaan bank pusat iaitu 5.5%.
PLAN: BUY AUD
- Data pengangguran di Australia menurun jauh lebih baik berbanding jangkaan bank pusat.
- Pasaran Asia yang stabil berikutan perkembangan positif isu perdagangan AS-China.
- Gabenor RBA Lowe mengulangi bahawa dia menjangka langkah seterusnya dalam kadar faedah adalah untuk menaik. Beliau juga menambah bahawa ekonomi mungkin akan membuat kemajuan secara beransur-ansur ke atas inflasi dan pengangguran.