FUNDAMENTAL: HAWKISH
- Klik disini untuk melihat (Polisi monetari terbaru Bank of Canada ).
- Bank of Canada (BOC) menaikkan kadar faedah daripada 1.50% kepada 1.75% pada 24 Oktober dengan kenyataan yang hawkish.
- Mesyuarat BOC seterusnya adalah pada 5 Disember 2018.
- Data ekonomi tumpuan BOC adalah CPI, Employment dan GDP. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat BOC (Unjuran bank pusat BOC – Muka surat 10 ).
- BOC:Ekonomi berada pada tahap yang baik dan tidak memerlukan rangsangan buat masa sekarang.
- Jangkaan terdapat kenaikan kadar faedah lagi sekali pada tahun ini.
DATA EKONOMI TUMPUAN BANK OF CANADA
- Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) di Kanada menurun kepada 1.9% daripada 2.3% sebelumnya.
- Kadar pengangguran Kanada turun kepada 5.8% dari 5.9% ditambah lagi dengan pekerjaan sepenuh masa yang meningkat.
- Inflasi tahunan Kanada meningkat kepada 2.4 peratus pada Oktober daripada 2.2 peratus pada bulan sebelumnya dan melebihi jangkaan pasaran sebanyak 2.2 peratus.
PLAN: BUY CAD.
- Menteri Luar Negeri Kanada Chrystia Freeland tetap optimis terhadap perundingan USMCA.
- Harga minyak mentah positif selepas Russia dan Arab Saudi bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran minyak mentah. Tambahan lagi, antara pembekal terbesar di Kanada iaitu Alberta akan mengurangkan pengeluaran sebanyak 8.7%.
Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI