FUNDAMENTAL: DOVISH
- Klik disini untuk melihat (Polisi monetari terbaru European Central Bank ).
- ECB mengekalkan kadar pembiayaan semula penanda arasnya pada 0.0% pada 25 Oktober.
- Mesyuarat ECB seterusnya adalah pada 13 Disember 2018.
- Data tumpuan ekonomi ECB adalah CPI, GDP dan unemployment. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat ECB (Unjuran bank pusat ECB – Muka surat 2 ).
- ECB menyatakan bahawa program QE akan diteruskan pada kadar bulanan 30 billion sehingga akhir bulan ini, dan akan berkurang ke 15 billion hingga akhir Disember 2018 kemudian berakhir.
- ECB mengulangi bahawa kadar faedah tidak akan berubah menjelang musim panas 2019.
- ECB menjelaskan pembuat polisi tidak membincangkan halatuju masa hadapan buat masa sekarang dan menekankan risiko yang terdapat di Itali dan Brexit.
DATA EKONOMI TUMPUAN ECB
- Kadar pengangguran di Kawasan Euro mencapai 8.2% pada bulan Julai 2018, sama seperti pada bulan sebelumnya dan kadar terendah sejak November 2008.
- Data GDP (KDNK) di Euro hanya meningkat 1.7% tahun ke tahun pada suku ketiga 2018. Menurun daripada 2.2% sebelumnya.
- Kadar inflasi tahunan di Kawasan Euro menaik kepada 2.1% pada September 2018 berbanding 2.0% sebelumnya.
PLAN: SELL EURO.
- Suruhanjaya Eropah telah menolak draf bajet 2019 kerajaan Itali kerana melanggar peraturan Kesatuan Eropah.
- Kenyataan Mario Draghi pada sidang media ECB agak dovish.
- Pilihan Raya di Jerman menyaksikan parti kerajaan CDU yang dipimpin oleh Angela Merkel merosot kepada 28%.
- Data KDNK (GDP) zon Eropah untuk suku tahun ketiga mendedahkan bahawa ekonomi hanya berkembang sebanyak 0.2% sahaja berbanding jangkaan pasaran 0.4% dan merupakan perkembangan yang perlahan sejak suku tahun kedua 2014.