FUNDAMENTAL: DOVISH
- Klik disini untuk melihat (Polisi monetari terbaru European Central Bank ).
- ECB mengekalkan kadar pembiayaan semula di paras 0.0% pada 14 Jun dan berkata amaun bulanan pembelian aset (Quantitative Easing) bersih akan dikurangkan kepada 15 bilion Euro bermula pada September hingga Disember 2018, dan akan berakhir selepas itu.
- Mesyuarat ECB seterusnya adalah pada 13 September 2018.
- Data tumpuan ekonomi ECB adalah CPI, GDP dan unemployment. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat ECB (Unjuran bank pusat ECB – Muka surat 2 ).
- ECB mengekalkan dasar kewangan QE mereka dan tidak memberi sebarang perubahan dalam jadual waktu untuk beralih dari dasar kadar faedah yang rendah dan untuk menamatkan program pembelian bon asetnya.
DATA EKONOMI TUMPUAN ECB
- Kadar pengangguran di Zon-Eropah tidak berubah pada 8.3% pada bulan Jun 2018, sama seperti angka bulan sebelumnya dan selaras dengan jangkaan pasaran.
- Data GDP (KDNK) di Euro meningkat 2.1% pada suku kedua 2018, penurunan daripada 2.5% pada tempoh sebelumnya.
- Kadar inflasi di Zon Eropah dijangka meningkat sehingga 2.1 peratus pada Julai 2018 daripada 2 peratus pada bulan Jun, mengatasi jangkaan pasaran sebanyak 2 peratus.
PLAN: SELL EURO
- ECB mengekalkan dasar kewangan QE mereka dan tidak memberi sebarang perubahan dalam jadual waktu untuk beralih dari dasar kadar faedah rendah dan untuk menamatkan program pembelian bon asetnya.
- Tiada sebarang perubahan daripada Mr Draghi berkenaan waktu untuk menaikkan kadar faedah di Euro.
- Pelabur bimbang terhadap masalah yang berlaku di Turki.