FUNDAMENTAL: DOVISH
- Tekan disini untuk melihat (Polisi monetari terbaru Reserve Bank New Zealand ).
- RBNZ mengekalkan kadar faedah pada 1.75% dan memberi isyarat bahawa mereka akan kekal sehingga tahun 2020.
- Mesyuarat RBNZ seterusnya adalah pada tahun depan.
- Data tumpuan ekonomi RBNZ adalah GDP dan CPI. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat RBNZ (Unjuran bank pusat RBNZ – Muka surat 38 ).
- Gabenor RBNZ iaitu Orr berkata RBNZ akan mempertimbangkan pemotongan kadar faedah jika KDNK jatuh dari ramalan bank pusat dan cabaran yang dihadapi adalah untuk menaikkan inflasi.
DATA EKONOMI TUMPUAN RBNZ
- KDNK di New Zealand berkembang 2.8% tahun ke tahun pada suku kedua 2018, meningkat daripada pertumbuhan 2.7% pada tempoh sebelumnya.
- Kadar inflasi meningkat kepada 1.9% pada suku ketiga 2018 selepas kenaikan 1.5% pada suku tahun sebelum ini.
- Kadar pengangguran New Zealand menurun mendadak dari 4.4% kepada 3.9% sekaligus menjadikannya rekod paling rendah sejak Jun 2008.
PLAN: SELL NZD.
- Pasaran global merosot pada hari ini dengan saham A.S. dan Asia merudum akibat kebimbangan mengenai pertumbuhan yang perlahan dan ketidaktentuan baru dalam ketegangan antara Washington dan Beijing mengenai perang perdagangan.
- Data ekonomi China tidak memberangsangkan.
Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI