FUNDAMENTAL: HAWKISH
- Klik di sini untuk melihat ( Polisi monetari terbaru Federal Reserve )
- Bank pusat U.S. iaitu Federal Reserve mengekalkan kadar faedahnya seperti dijangka pada 2.25%.
- Mesyuarat FOMC seterusnya adalah pada 20 Disember 2018.
- Data ekonomi tumpuan bank pusat FED adalah CPI (Inflasi), Unemployment (pengangguran) dan GDP (pertumbuhan ekonomi). Rujuk disini untuk unjuran bank pusat FED yang terbaru ( Unjuran bank pusat FED yang terbaru )
- FOMC menyatakan bahawa pasaran buruh terus mengukuh dan aktiviti ekonomi meningkat pada kadar yang kukuh.
- FED menegaskan bahawa peningkatan kadar faedah selaras dengan perkembangan ekonomi semasa.
DATA EKONOMI TUMPUAN FEDERAL RESERVE
- Kadar pengangguran di AS tidak berubah pada paras terendah 49 tahun pada bulan November, sama seperti jangkaan pasaran.
- Ekonomi AS mencatatkan 3.5% tahunan pada suku pada suku ketiga 2018, mengatasi jangkaan pasaran sebanyak 3.3%.
- Inflasi tahunan di Amerika Syarikat meningkat kepada 2.5 peratus pada Oktober 2018 daripada 2.3 peratus pada bulan September.
PLAN: SELL USD.
- Laporan pekerjaan Amerika Syarikat mencatatkan laporan yang kurang baik secara keseluruhan. Data NFP menurun daripada 250K kepada 155K manakala purata pendapatan tidak mencapai jangkaan.
- Data inflasi pada minggu ini dijangka melemah selepas terdapat kelemahan dalam harga minyak mentah global dan kejatuhan purata pendapatan.
Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI