Matawang AUD masih mengekalkan rekod di antara matawang yang paling lemah berbanding majoriti matawang utama yang lain. Pergerakan harga bagi pasangan matawang AUD/USD semalam dilihat agak mendatar dan gagal membuat kenaikan melepasi paras resistance 0.70900 dan tidak berjaya turun lebih rendah dari paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line semalam.
Pada sesi pasaran Asia dibuka hari ini, harga dilihat bergerak dengan kadar perlahan namun masih membuat sedikit kenaikan dan menyentuh paras Magic Pivot 0.7081 sebelum menyambung penurunan menuju ke paras support 0.7052 (MagicS1). Jika AUD terus lemah dalam pasaran, jangkaan harga akan membuat penurunan ke paras lebih rendah iaitu ke support 0.7035 (MagicS2). Seterusnya, paras 0.7006 (MagicS3) dijangka akan diuji harga jika harga terus mengalami kejatuhan menjelang data NFP yang akan dikeluarkan pada malam ini.
Namun, jika data yang dikeluarkan pada malam ini dilihat tidak memihak kepada USD, harga mungkin kembali membuat lonjakan semula ke paras lebih tinggi melepasi paras Magic Pivot 0.7081 terlebih dahulu sebelum menuju ke paras resistance 0.7098 (MagicR1). Kemudian harga akan meneruskan lonjakan ke paras resistance 0.7128 (MagicR2) dan seterusnya, paras resistance yang lebih tinggi dilihat berada di paras 0.7145 (MagicR3) berpotensi untuk dicapai harga jika kenaikan masih diteruskan.
Pasaran tertumpu kepada data NFP yang akan dikeluarkan pada malam ini di mana data tersebut akan memberi impak yang besar terhadap nilai matawang USD dalam pasaran semasa. Dengan berpandukan indicator Moshed Magic Line, rancang sistem yang terbaik dalam dagangan harian anda.
Paras support: 0.7052, 0.7035, 0.7006.
Paras resistance: 0.7098, 0.7128, 0.7145.