AUD/USD bearish minggu lalu setelah ia berjaya untuk breakout trendline dan support terhampir iaitu 0.8000 dan telah membentuk satu candlestick bearish iaitu bearish morubozu Jummat lalu. Ini menunjukkan satu signal bahawa AUD/USD mulai dikuasai mood bearish ketika ini.
Dijangkakan, penurunan ini akan berterusan selagi ia tidak breakout Key Resistance 0.8000 dan jika membuat kenaikan berkemungkinan ia adalah retracement sebelum ia terus bearish. Target yang berpotensi untuk ia melakukan retracement adalah sekitar harga 0.7950/60 atau ke 0.8000.
Dan target bearish jika berjaya untuk breakout 0.7900 adalah ke sekitar harga 0.7860 atau lebih rendah ke 0.7814. Oleh itu, selagi ia tidak breakout 0.8000, potensi masih ke arah bearish secara teknikalnya.