Kesan positif dilihat atas faktor jualan aset Kanada oleh Arab Saudi yang memberi impak jangka pendek ke atas matawang CAD. Disokong pula oleh ekonomi Kanada yang meningkat 0.5% pada bulan Mei mengatasi jangkaan 0.3%, data inflasi dan jualan runcit turut mengukuhkan lagi CAD dengan jangkaan kenaikan kadar faedah oleh Bank of Canada. Sementara itu EURO masih dilihat lemah kerana ECB yang mengekalkan dasar kewangan QE mereka.
Kelihatan semalam EURCAD meneruskan kenaikan sehingga mencapai paras SBR (support become resistance) di paras 1.51850 sebelum harga dilihat menurun sehingga paras 1.50971. Hari ini harga terus menyambung penurunan di atas faktor kelemahan EURO dan tanda-tanda yang positif kepada matawang CAD. Jika berterusan, harga berkemungkinan turun ke paras support sebelum ini atau mungkin lebih rendah.
Perhatikan pergerakan harga di sekitar level-level berikut:
Paras support: 1.50778, 1.50418, 1.49866.
Paras resistance: 1.51690, 1.52242, 1.52602.