Matawang EURO dijangka akan terus lemah ekoran isu terbaru yang disebabkan oleh Amerika Syarikat dan Turki. Kebimbangan oleh isu tersebut akan membuatkan pelabur beralih ke pasaran yang lebih selamat. EURO dilihat lemah minggu sebelum ini dan isu geopolitik AS-Turki akan terus memberi tekanan kepada matawang tersebut.
Pasaran dalam sentimen risk-off memberi kelebihan kepada matawang JPY. JPY dilihat menguat pada awal sesi pasaran Asia pagi ini dan mula perlahan setakat jam 3 petang. Sebelum ini, data KDNK(GDP) yang positif dan minit mesyuarat BOJ yang hawkish melonjakkan matawang JPY dan dijangka JPY akan meneruskan momentum berikutan keadaan pasaran global yang risk-off buat masa ini.
Secara teknikal, EUR/JPY membuat penurunan sejak Rabu yang lepas sehingga ke paras harga 125.950. Pada awal sesi Asia dibuka hari ini, harga dibuka rendah dan membuat sedikit kenaikan sebelum membuat penurunan ke paras support 125.150.
Harga bergerak perlahan di sekitar zon harga 125.500 setakat jam 3 petang. Jika pasaran kekal risk-off, atas faktor EURO yang lemah dan peningkatan permintaan matawang JPY, harga mampu turun lebih rendah di sekitar paras support 123.500.
Paras support: 125.627, 124.757, 123.522.
Paras resistance: 127.732, 128.967, 129.837.