Matawang EURO sebelum ini yang didagangkan bercampur-campur dilihat kembali positif berikutan aktiviti ekonomi di Zon Eropah berkembang pada kadar yang pantas pada bulan Ogos mengikut bacaan pada data PMI.
Tambahan lagi, ucapan daripada Weidman, salah seorang ahli ECB yang hawkish berkata bahawa sudah tiba waktunya untuk keluar dari dasar monetari pengembangan. Ini memberikan gambaran terhadap matawang EURO yang terus meyakinkan dalam pasaran.
Sementara itu, matawang JPY pula melemah ekoran daripada data inflasi di Jepun hari ini tidak mencapai jangkaan pasaran sekaligus menyebabkan JPY mengalami kejatuhan berbanding matawang-matawang yang lain. Selain itu, sentimen pasaran semasa yang dilihat kembali pulih, juga tidak menyokong nilai matawang JPY buat masa sekarang.
Jika dilihat pada chart bagi pasangan matawang EUR/JPY, harga membuat kenaikan dari paras support 124.900 sejak Rabu minggu lalu sehingga paras resistance dicapai harga semalam pada paras 128.900.
Kekuatan nilai EURO terus melonjakkan harga ke atas walaupun dilihat kenaikan yang dibuat agak perlahan. Harga dilihat sedang menguji paras resistance 128.900 dan harga semasa berada di sekitar zon 128.750 setakat jam 4.15 petang.
Jika harga berjaya menembusi (breakout) paras resistance tersebut, harga berkemungkinan membuat kenaikan ke paras 129.650 atau lebih tinggi. Sebaliknya, jika penurunan harga berlaku, jangkaan support yang menjadi tumpuan harga berada pada paras 126.900. Sentiasa ikuti perkembangan sentimen pasaran semasa yang tidak menentu dan mungkin mengubah arah pergerakan harga bagi EUR/JPY.
Paras support: 127.944, 127.506, 127.094.
Paras resistance: 128.794, 129.206, 129.644.