Pergerakan harga pada pasangan matawang EUR/USD semalam digerakkan oleh sentimen pasaran yang berisiko di mana matawang USD terus didagangkan lemah ekoran hasil bon kerajaan AS meningkat semalam. Oleh itu, jika dilihat pada chart EUR/USD pada dagangan semalam harga membuat lonjakan sehingga melepasi paras resistance 1.15300. Berdasarkan indicator Moshed Magic Line, harga yang dilihat membuat penurunan ke paras Magic Pivot semalam kembali melonjak sehingga menyentuh paras resistance MagicR2 sebelum menutup harga sedikit rendah iaitu pada sekitar paras resistance MagicR1.
Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dibuka berhampiran paras Magic Pivot 1.1514 sebelum menyambung kenaikan yang dibuat semalam melepasi paras resistance 1.1549 (MagicR1) dan menuju ke paras resistance 1.1580 (MagicR2) yang dilihat berada di zon tumpuan harga. Namun, harga kembali membuat sedikit penurunan semula ke paras resistance MagicR1 dan bergerak di sekitar paras tersebut pada awal sesi pasaran Eropah. Jika harga berjaya membuat kenaikan lebih tinggi, paras resistance 1.1615 (MagicR3) adalah dilihat paras yang bakal dituju harga seterusnya.
Namun, jika USD kembali mengukuh semula dalam pasaran, harga bakal ditekan rendah semula dan bergerak menuju ke paras Magic Pivot 1.1514 telebih dahulu sebelum penurunan harga seterusnya akan ke paras support 1.1483 (MagicS1). Seterusnya harga dijangka akan menguji paras support 1.1448 (MagicS2) yang berada pada zon paras terendah yang dicapai harga pada Selasa. Jika harga masih ditekan ke paras lebih rendah, jangkaan harga berkemungkinan akan mencecah paras support seterusnya yang terdekat iaitu pada 1.1417 (MagicS3).
Beri perhatian juga terhadap krisis bajet di Itali yang masih membayangi matawang EURO dalam pasaran semasa. Lihat paras-paras yang menjadi tumpuan harga pada chart EUR/USD dengan berpandukan pada indicator Moshed Magic Line dan tentukan posisi yang terbaik bagi setiap dagangan anda.
Paras support: 1.1483, 1.1448, 1.1417.
Paras resistance: 1.1549, 1.1580, 1.1615.