Pergerakan harga pada pasangan matawang EUR/USD pada dagangan Jumaat lalu melihatkan harga bergerak perlahan sejak awal sesi Asia bermula bersambung sehingga ke sesi pasaran Eropah di mana harga bergerak rendah dari paras Magic Pivot dan ditekan ke paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line. Namun, USD yang kembali didagangkan lemah membantu harga melonjak semula sehingga melepasi paras Magic Pivot dan juga resistance MagicR1 dan kenaikan harga dilihat menyentuh paras 1.15300 sebelum menutup harga lebih rendah di sekitar paras support MagicS1 semula.
Pada sesi pasaran Asia Isnin ini, harga bergerak perlahan pada awal permulaan minggu dagangan seperti kebiasaan sebelum ini di mana kelihatan harga bergerak di paras lebih tinggi dari Magic Pivot 1.492 hari ini. Namun pada awal sesi pasaran Eropah, harga dilihat membuat kenaikan menuju ke paras 1.1552 (MagicR1) iaitu paras resistance yang terdekat. Harga semasa berada di paras harga 1.15350 setakat jam 2.31 petang melepasi paras ketinggian pada Jumaat. Jika USD terus didagangkan lemah pada minggu ini, harga dijangka akan terus menyambung kenaikan dan cuba menguji lagi paras resistance 1.1594 (MagicR2) yang menjadi paras zon ketinggian harga yang gagal ditembusi setelah beberapa kali diuji sebelum ini. Jika harga berjaya breakout paras tersebut, jangkaan harga akan melonjak sehingga ke paras resistance pada 1.1654 (MagicR3).
Namun, jika USD kembali mengukuh semula dalam pasaran, harga berkemungkinan akan ditekan semula dan menyambung semula penurunan harga yang dibuat pada minggu lalu. Jika harga bergerak turun lebih rendah dari paras Magic Pivot 1.1492, dijangka harga akan menuju ke paras support terdekat terlebih dahulu yang dilihat berada di paras 1.1450 (MagicS1). Seterusnya, jika harga berjaya breakout paras support tersebut, harga dilihat akan membuat paras lower low yang baru berkemungkinan ke paras support pada 1.1390 (MagicS2). Dan sekiranya momentum penurunan harga masih diteruskan, harga boleh mencecah penurunan sehingga ke paras support serendah 1.1348 (MagicS3).
Lihat berita-berita ekonomi pada minggu ini yang bakal mempengaruhi nilai matawang EURO dan USD seperti isu Brexit, krisis bajet Itali dan lain-lain bagi memantau pergerakan harga pada chart EUR/USD. Gunakan indicator Moshed Magic Line bagi memudahkan anda mencari paras tumpuan harga dalam analisis teknikal anda pada chart EUR/USD ini.
Paras support: 1.1450, 1.1390, 1.1348.
Paras resistance: 1.1552, 1.1594, 1.1654.