EUR/USD membuat kenaikan hampir 300 pips minggu lalu setelah gagal untuk melepasi support 1.2214 dengan mencapai paras resistance sekitar harga 1.2550/60 minggu lalu dan jika diperhatikan ia telah membentuk new HH setelah 2 kali menguji paras harga 1.2514.
Secara teknikal, momentum pergerakan wave bagi EUR/USD masih dalam mood bullish dan dijangka jika ia tidak breakout Key Support Zone 1.2360 – 1.2300 ini, potensi masih kuat ke arah bullish. Jadi peluang yang boleh diperhatikan ketika ini adalah pembentukan bullish signal sekitar harga Key Support Zone tersebut.
Walaubagaimanapun, jika ia breakout harga Key Support Zone – EUR/USD berkemungkinan akan mulai membentuk wave bearish dan akan mencapai ke paras harga 1.2214 semula. Oleh itu, selagi ia tidak breakout Key Support Zone ini, kebarangkalian masih tinggi untuk ia meneruskan lagi kenaikan.