Pasangan matawang EUR/NZD masih berada dalam julat harga 1.72243-1.71478 walaupun berjaya mencapai paras resistance di sekitar 1.72400. Matawang EURO dilihat lemah atas faktor-faktor penurunan keyakinan pengguna, pertumbuhan yang lemah serta jualan runcit yang perlahan. Juga tiada perubahan oleh Draghi berkenaan waktu untuk menaikkan kadar faedah. Bagi NZD pula, jangkaan inflasi oleh RBNZ untuk suku tahun ketiga dijangka meningkat berbanding suku tahun kedua.
Dari segi teknikal, EUR/NZD dilihat membuat penurunan ke arah support di sekitar zon harga 1.71624. Jika harga menembusi (breakout) paras harga di bawah 1.71300, harga berkemungkinan boleh meneruskan penurunan sehingga paras support di sekitar 1.70900.
Perhatikan pergerakan harga di sekitar level-level berikut:
Paras support: 1.71624, 1.71168, 1.70859.
Paras resistance: 1.72389, 1.72698, 1.73154.