Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Disamping isu Brexit serta kenyataan Mark Carney tentang kadar faedah yang dovish, GBP semakin tertekan dengan laporan PMI perkhidmatan (services) yang turut merosot. Sentimen pasaran yang risk-off pada sesi Asia ditambah pula dengan data ekonomi tumpuan SNB yang bertambah baik menyokong lagi kekuatan matawang CHF buat masa sekarang.
Secara teknikal, GBP/CHF dilihat terus membuat penurunan setelah keluar daripada julat harga 1.29126-1.28677. Paras tumpuan support adalah pada zon harga sekitar 1.28150 dan jika harga berjaya menembusi (breakout) paras tersebut, harga berpotensi untuk turun lebih rendah.
Perhatikan pergerakan harga di sekitar level-level berikut:
Paras support: 1.28605, 1.28416, 1.28516.
Paras resistance: 1.29054, 1.29314, 1.29503.


























































