Seperti jangkaan lalu(16/1/18), GBP/JPY akhirnya berjaya untuk mencapai target ke sekitar harga 154.14 bagi membentuk new HH. Kenaikan ini mencatatkan hampir 200 pips sejak semalam. Dan kini secara teknikalnya, mood bullish masih dikuasai di mana berlakunya pattern ‘bullish rectangle’ dan candlestick bullish morobozu semalam. Jika ia tidak breakout Key Support terhampir ini 153.60, potensinya tinggi untuk mencapai ke harga seterusnya iaitu samaada 154.64 atau ke 155.00.
Jika breakout Key Support ini, berkemungkinan ia akan melakukan pullback ke sekitar harga lebih rendah 153.00 sebelum meneruskan lagi kenaikan. Jadi kesimpulannya, peluang yang boleh diperhatikan ketika ini adalah ‘long’ di sekitar support-support terhampir(boleh perhatikan di timeframe yang lebih kecil).