Setakat hari ini, GBP/JPY masih sideways di sekitar harga antara Key Support Zone dan juga Key Resistance. Secara teknikal, pergerakan wave masih dilihat GBP/JPY berpotensi untuk bearish dengan terbentuknya struktur LH,LL,LH,LL di timeframe H4 ini setelah ia breakout trendline bullish.
Dan sekiranya ia berjaya untuk breakout Key Support Zone 148.30 – 147.60 ini, kebarangkalian untuk ia meneruskan lagi penurunan adalah tinggi dan potensi target terhampir adalah sekitar 146.14 lebih kurang 200 pips dari harga Key Support Zone bagi membentuk new LL.
Walaubagaimanapun, sekiranya GBP/JPY gagal untuk breakout ia akan mulai mengorak langkah bullish dan akan breakout Key Resistance dan mencapai ke harga-harga yang lebih tinggi. Oleh itu, Key Support Zone ini memainkan peranan yang penting untuk diperhatikan samaada ia akan breakout ataupun sebaliknya.