Dalam perkembangan Brexit, ketidakpastian terhadap rundingan tersebut menimbulkan kembali keraguan para pelabur sekaligus melihat matawang Sterling mengalami kejatuhan nilai pada dagangan Isnin semalam. Namun, pada sesi pasaran New York matawang GBP kembali membuat lonjakan harga pada chart pasangan matawang GBP/USD sehingga 100 pips setelah Ketua Rundingan Brexit Kesatuan Eropah (EU) Michel Barnier cuba memberikan kepastian terhadap rundingan tersebut. Walau bagaimanapun, Sterling kembali didagangkan lemah semula setelah keyakinan pasaran terhadap Brexit kembali goyah di mana perjanjian tersebut dilihat sukar mencapai persetujuan dalam masa terdekat ekoran isu sempadan Ireland yang masih buntu mencari penyelesaian. Secara teknikal, pergerakan harga pada chart GBP/USD semalam dilihat telah membuat penurunan hampir menyentuh paras support MagicS2 pada indicator Moshed Magic Line dan kemudiannya lonjakan harga menguji paras 1.29300 sebelum harga kembali membuat penurunan dan menutup harga sekitar paras 1.28450.
Bersambung ke sesi pasaran Asia hari ini pula, harga bergerak perlahan pada permulaan sesi namun dilihat membuat kenaikan sehingga melepasi paras Magic Pivot 1.2870 dan bergerak menuju ke paras resistance 1.2917 (MagicR1). Jika matawang Sterling berjaya mengukuh pada dagangan hari ini, jangkaan harga akan menuju pula ke paras resistance yang lebih tinggi dilihat berada sekitar paras 1.2990 (MagicR2). Kemudiannya, kenaikan harga yang diteruskan bakal menyaksikan harga menguji paras resistance pada 1.3038 (MagicR3) yang merupakan paras tumpuan harga sebelum ini.
Sebaliknya, jika USD berjaya memberikan tekanan semula terhadap Sterling, harga dijangka akan kembali meneruskan penurunan yang dilakukan semalam dan jangkaan paras awal yang akan dituju harga adalah pada paras support 1.2797 (MagicS1). Kemudiannya, harga akan meneruskan lagi penurunan menuju pula ke paras support 1.2750 (MagicS2) dan sekiranya rundingan Brexit gagal memberikan gambaran yang positif terhadap pasaran, harga boleh mencecah penurunan sehingga ke paras serendah 1.2677 (MagicS3) untuk harga menguji paras terendah harga pada penghujung Oktober lalu.
Terus ikuti sambungan drama Brexit yang kembali memberikan debaran dalam pasaran semasa. Di samping itu, tumpuan pasaran juga terarah kepada data indeks purata pendapatan di Britain pad ajam 5.30 petang ini yang dijangka mencatatkan angka yang meningkat. Gunakan indicator Moshed Magic Line bagi menentukan arah kecenderungan pergerakan harga pada chart GBP/USD anda.
Paras support: 1.2797, 1.1750, 1.2677.
Paras resistance: 1.2917, 1.2990, 1.3038.
Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI