Aksi tarik-tali dalam perkembangan rundingan Brexit terus memberi kesan kepada nilai matawang Pound Sterling dan juga impak besar dalam pasaran semasa. Matawang GBP mengalami kejatuhan drastik pada dagangan Khamis minggu lalu setelah rundingan Brexit yang dilihat sudah hampir mencapai persetujuan perjanjian akhirnya dikejutkan dengan berita perletakan jawatan oleh Setiausaha Brexit, Dominic Raab. Dengan itu dapat dilihat harga pada chart pasangan matawang GBP/USD telah mengalami kejatuhan sehingga 300 pips dalam masa beberapa jam sahaja. Hal tersebut telah menimbulkan situasi panik dalam pasaran. Namun pada dagangan Jumaat, harga pada chart GBP/USD dilihat cuba untuk membuat kenaikan semula setelah ucapan Perdana Menteri Britain Theresa May pada Jumaat yang bernada positif terus cuba untuk memberikan keyakinan semula terhadap pasaran. Di samping itu juga, kenaikan tersebut turut disokong oleh nilai matawang USD yang sedikit menyusut ekoran kenyataan dari FED berkenaan kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi global dan berkemungkinan bakal memberi kesan terhadap proses pengetatan polisi monetari yang akan datang. Secara teknikal, harga telah membuat kenaikan dari paras terendah kejatuhan harga sekitar 1.27300 dan telah melepasi kenaikan pada paras Magic Pivot Jumaat lalu sebelum menutup harga di paras sekitarnya.
Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga bergerak perlahan di sekitar paras harga 1.28300 iaitu sedikit tinggi dari paras Magic Pivot 1.2818. Jika harga berjaya membuat kenaikan, jangkaan paras awal yang akan dituju harga adalah pada resistance 1.2887 (MagicR1). Seterusnya, kenaikan harga akan menuju pula ke paras 1.2945 (MagicR2) untuk harga menguji zon SBR (support become resistance) itu. Harga yang berjaya menembusi paras tersebut dijangka akan meneruskan kenaikan sehingga ke paras resistance 1.3014 (MagicR3) di mana paras tersebut adalah zon ketinggian yang diuji harga pada minggu lalu.
Namun, jika USD kembali didagangkan mengukuh dan mengambil kesempatan ke atas pergolakan dalam rundingan Brexit, jangkaan harga akan kembali membuat penurunan dan menuju ke paras support 1.2760 (MagicS1) terlebih dahulu. Kemudiannya, harga akan turun menguji paras 1.2691 (MagicS2) yang mana paras ini merupakan zon major support pada chart GBP/USD dan menjadi lokasi perubahan arah pergerakan harga sebelum ini. Pasaran akan menunggu reaksi harga pada paras tersebut dan jika harga berjaya breakout paras itu, paras support pada 1.2632 (MagicS3) berkemungkinan akan dituju harga.
Terus ikuti perkembangan drama Brexit pada minggu ini pula serta beri tumpuan terhadap perkembangan ekonomi dan politik di Amerika Syarikat. Jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan tambahan dalam anda mencari paras-paras terbaik untuk posisi dagangan anda pada chart GBP/USD.
Paras support: 1.2760, 1.2691, 1.2632.
Paras resistance: 1.2887, 1.2945, 1.3014.
Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI