Seperti jangkaan, harga GBP/USD berjaya untuk meneruskan pergerakan bullish semalam dengan mencapai target terhampir iatu ke sekitar 1.4000. Kenaikan ini direkodkan hampir 132 pips. Jadi secara teknikal, momentum wave masih dikuasai mood bullish ketika ini dengan terbentuknya new HH semalam.
Peluang re-entry yang boleh diperhatikan ketika ini adalah di sekitar zone buy iaitu Key Support terhampir 1.3920/00 bagi membentuk new HL sebelum ia meneruskan lagi kenaikan. Target terhampir adalah 1.4000 dan jika breakout ia akan bullish ke level resistance seterusnya. Walaubagaimanapun, jika ia breakout Key Support ini, GBP/USD berkemungkinan akan menguji harga ke support seterusnya sebelum ia kembali bullish.
Oleh itu, sebelum memasuki pasaran pastikan anda mengira risk-reward, mengenalpasti sentimen semasa bagi kedua-dua matawang ini dan juga pattern reversal yang berpotensi terbentuk di sekitar harga tersebut.