Jika diperhatikan, harga GBP/USD terus bearish semalam setelah ia breakout Key Support harian 1.4090 dan kini harga hampir mencapai ke sekitar target 1.4000. Secara teknikalnya, mood masih kuat untuk ia melakukan pullback bearish ketika ini kerana telah membentuk new LL.
Dijangkakan jika ia tidak melepasi 1.4000, GBP/USD berpotensi untuk membuat kenaikan semula ke sekitar harga 1.4100/1.4150 bagi membentuk new LH sebelum bearish. Tetapi jika ia breakout terus 1.4000 ini, ia berpotensi untuk terus bearish ke sekitar target seterusnya iaitu 1.3930 atau lebih rendah ke 1.3840.
Oleh itu, untuk ‘long’ agak berisiko selagi ia tidak membentuk pattern untuk membuat kenaikan semula. Dan peluang terbaik adalah ‘short’ dengan menunggu ia retrace sebelum meneruskan lagi penurunan. Apapun, GBP/USD masih mempunyai ruang untuk membuat pullback bearish selagi ia tidak mencapai 1.3600 iaitu Key Support monthly.