Harga matawang litecoin masih didagangkan pada sekitar harga di bawah paras $200 sejak 2 minggu lalu. Secara teknikal, pergerakan momentum wave masih menunjukkan mood masih bearish(LH,LL,LH,LL) ketika ini dan selagi ianya tidak breakout Key Resistance Zone, ia berpotensi tinggi untuk bearish dan breakout Key Support.
Jika bearish target terhampir adalah ke sekitar Key Support atau ke harga yang lebih rendah iaitu $128.90 bagi membentuk new LL. Walaubagaimanapun, jika ia tidak breakout Key Support, kemungkinan litecoin akan sideways di antara Key Resistance dan Key Support.