Jika diperhatikan, harga NZD/USD telah mencapai ke sekitar Key Resistance mingguan 0.7430 minggu lalu dan mulai kembali bearish setelah ia gagal untuk dibreakout. Pergerakan momentum wave masih bullish ketika ini walaubagaimanapun ia berpotensi untuk bearish kerana telah breakout trendline dan sekiranya ia breakout Key Support Zone 0.7310 – 0.7290 pula, ia akan melakukan pullback ke harga yang lebih rendah lagi.
Target bearish adalah ke sekitar 0.7260 atau ke 0.7220. Oleh itu, selagi ia tidak breakout Key Resistance mingguan ini, kebarangkalian masih tinggi untuk ia bearish dan peluang ‘short’ yang boleh diperhatikan adalah 0.7355 – 0.7385 walaupun agak berisiko kerana trend masih bullish.
Tetapi sekiranya ia breakout Key Resistance, NZD/USD akan meneruskan lagi kenaikan tanpa melakukan retracement ke harga yang lebih rendah.