Matawang dollar CAD terus didagangkan lemah berikutan pasaran minyak mentah terus mengalami kejatuhan semalam. Penganalisis pasaran berpendapat kemerosotan pasaran minyak mentah sejak awal minggu adalah disebabkan Presiden Donald Trump yang mengekalkan tahap pengeluaran. Oleh itu, walaupun nilai USD sedikit menyusut pada dagangan semalam, namun pergerakan harga pada chart USD/CAD semalam dilihat terus kekal membuat kenaikan dan berjaya mencatatkan ketinggian paras harga yang terbaru sekitar paras 1.32600 sebelum harga menutup harga lebih rendah semula.
Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat cuba untuk membuat kenaikan dan telah pun melepasi paras Magic Pivot 1.3237 hari ini dan masih berlegar di paras sekitar bersambung pada sesi pasaran Eropah. Jika harga berjaya membuat lonjakan ke paras lebih tinggi, harga berkemungkinan mampu untuk melepasi paras resistance 1.3258 (MagicR1) sebelum menuju ke paras resistance seterusnya pada 1.3285 (MagicR2). Dan sekiranya harga berjaya meneruskan momentum kenaikan, paras ketinggian terbaru pada chart USD/CAD berkemungkinan berpotensi mencecah ke paras 1.3306 (MagicR3) dan mengatasi paras ketinggian harga pada Julai yang lalu.
Namun, jika kelemahan pada nilai matawang USD berlarutan dan Loonie kembali berjaya mengukuh semula, pasaran bakal melihat harga pada chart USD/CAD kembali mengalami kejatuhan semula dan penurunan awal harga dijangka akan ke paras support 1.3210 (MagicS1). Kemudiannya, harga akan menyambung pula penurunannya dan menuju ke paras support 1.3188 (MagicS2) dan sekiranya harga terus didagangkan ke paras lebih rendah, jangkaan harga akan menguji paras 1.1361 (MagicR3) yang dilihat berada pada zon RBS (resistance become support) pada chart USD/CAD.
Teruskan memantau pasaran minyak mentah global yang menjadi faktor utama menggerakkan matawang Loonie khususnya pada chart pasangan matawang USD/CAD. Lihat paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk anda mencari paras terbaik untuk posisi dagangan anda pada chart USD/CAD.
Paras support: 1.3210, 1.3188, 1.3161.
Paras resistance: 1.3258, 1.3285, 1.3306.
Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI