Jika diperhatikan, harga USD/JPY telah meneruskan pergerakan bearish dan mencapai harga terendah pada minggu ini ke sekitar harga 108.50. Secara teknikal, momentum pergerakan wave bagi USD/JPY kini masih bearish walaubagaimanapun ia mempunyai potensi untuk mulai mengorak ke langkah bullish setelah ia breakout LH 109.40 dan membentuk new HH bagi wave H1 ini.
Jika ia masih tidak breakout Key Support 108.50, kebarangkalian untuk ia mulai bullish adalah tinggi ketika ini dengan membentuk reversal pattern inverse head & shoulder dan target terhampir adalah ke sekitar 109.80 atau lebih tinggi ia berpotensi mencapai 110.30 semula pada minggu hadapan.
Walaubagaimanapun, jika ia breakout Key Support ini, USD/JPY akan terus bearish dan berpotensi mencapai ke level support mingguan iaitu 108.00. Oleh itu, penting untuk memperhatikan Key Support ketika ini samaada ia breakout ataupun sebaliknya.