Harga emas menetapi jangkaan apabila ia terus bullish setelah breakout Key Resistance semalam dan mencapai target ke sekitar 1361.30. Jika diperhatikan ketika ini, momentum ke arah bullish masih dikuasai dan XAU/USD masih mempunyai ruang untuk membuat kenaikan ke sekitar 1370.14 iaitu harga Key Resistance bulanan.
Sekiranya ia tidak beakout Key Support harian ini, harga emas berpotensi untuk meneruskan lagi kenaikan. Walaubagaimanapun, di timeframe H1 ia mulai berpotensi membentuk pattern reversal ‘head & shoulder’ dan sekitarnya ia breakout Key Support harian 1355.30 dan menutup pasaran hari ini dengan membentuk bearish pin bar, kebarangkalian adalah tinggi untuk ia mulai kembali bearish. Target bearish adalah 1350.80 atau ke 1344.00.
Oleh itu, penting untuk memperhatikan Key Support ketika ini samaada ia akan breakout untuk mulai bearish retrace ataupun sebaliknya.