Pihak berkuasa Arab Saudi semakin hampir untuk mengakui pembunuhan Jamal Khashoggi telah dirancang berikutan tekanan yang semakin memuncak dari negara-negara barat.
Pihak penyiasat Turki mendakwa suspek sebenarnya memang berniat membunuh wartawan veteran itu.
Pengarah CIA Gina Haspel telah memberi taklimat kepada Presiden Amerika Donald Trump pada Khamis sebelum keberangkatan beliau ke Turki minggu ini. Haspel dilaporkan oleh Washington Post, telah mendengar audio pembunuhan Khashoggi di kedutaan Arab Saudi.
Namun, CIA menolak untuk memberi komen sama ada Haspel benar-benar telah mendengar audio tersebut. Pegawai Turki pula berkata, laporan Washington Post adalah tepat.
Negara-negara barat memberi tekanan kepada Arab Saudi dan mahukan jawapan dari mereka. Pentadbiran Trump juga berhadapan dengan tekanan untuk bertindak terhadap sekutu kuat mereka di Timur Tengah.
Selepas tiga minggu menolak dakwaan dunia tentang pembunuhan Khashoggi, Arab Saudi pada minggu lalu mengakui tidak sengaja terbunuh Khashoggi apabila perbincangan di kedutaan itu bertukar tegang.
Erdogan pula mendakwa 15 individu dalam satu kumpulan datang dari Riyadh untuk membunuh Khashoggi termasuk menggunakan peralatan ketenteraan untuk mengetahui lokasi dan juga menyahaktif kamera keselamatan di kedutaan tersebut.
Anak sulung wartawan veteran itu, Salah yang digambar bersalaman dengan Putera Mahkota Mohammed Bin Salman dilaporkan telah meninggalkan Arab Saudi selepas halangan perjalanan terhadap keluarganya ditarik balik.