Matawang GBP melonjak 70 pip selepas data harga pengguna (CPI) United Kingdom dikeluarkan pukul 5.30 petang tadi. Namun, pengukuhan matawang GBP khususnya pasangan GBP/USD agak terhad setakat pada pukul 5.44 petang.
Data ini dikeluarkan setiap bulan oleh Pejabat Statistik Kebangsaan UK yang mencakupi beberapa data inflasi termasuk, CPI, Core-CPI, RPI dan PPI (harga pengeluar).
Data inflasi (CPI) yang dikeluarkan sebentar tadi melebihi jangkaan pasaran dengan bacaan tahunan mencatat 3.0% lebih daripada jangkaan 2.9%.
Harga teras (Core-CPI) yang tidak mengambil kira harga makanan, tenaga dan tembakau mencatat bacaan 2.7% melebihi jangkaan 2.6%.
Indeks harga runcit (RPI) tahunan pula mencatat bacaan 4% sejajar dengan jangkaan pasaran. Dari segi bulanan, bacaan ini susut 0.8%.
Harga pengeluar pula meleset daripada jangkaan pasaran dengan mencatat bacaan 2.8% kurang daripada jangkaan 3%.
Dengan bacaan CPI tahunan yang melebihi jangkaan, Bank of England (BoE) dijangka menepati kenyataan yang dibuat minggu lalu iaitu, “polisi mungkin diketatkan lebih awal berbanding apa yang dijangka pada bulan November lalu.”
Setakat ini matawang GBP didagangkan lebih tinggi berbanding US dolar dengan data tumpuan inflasi (CPI) melebihi jangkaan pasaran.